"Pening Kepala, Sentiasa Kehabisan Wang ?"

Ketahuilah Bagaimana Untuk Merancang Simpanan, Menyediakan Pelan Perlindungan, Melabur & Mengurus Perbelanjaan Anda Tanpa Perlu Risau Tentang Wang Lagi!

Bina Simpanan, Sediakan Perlindungan, Buat Pelaburan Dan Uruskan Perbelanjaan Dengan Mudah, Teratur Dan Berkesan!

 

"Panduan Kewangan Yang 'Memang' LAIN DARI YANG LAIN!"

.

Selama ini saya membaca beberapa buku panduan kewangan daripada penulis-penulis tempatan seperti Azizi Ali, Hajah Rohani, Shamsuddin Kadir, Sunthara Segar dan lain-lain lagi.

Jadi, apabila kali pertama membaca tajuk e-book ini, saya menganggap ia sama dengan buku-buku perancangan kewangan yang lain.

Namun, apabila dibelek selembar demi selembar e-book ini, saya nampak ada perbezaan e-book ini dengan buku-buku penulis lain.

Di dalam e-book ini, penulis menekankan beberapa aspek teknikal dan praktikal yang jarang disentuh oleh penulis lain.

Ia sesuai untuk para graduan yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan sebagai panduan menggunakan wang gaji mereka.

Juga untuk para pekerja yang selalu mengeluh tentang wang gaji mereka yang sentiasa tidak cukup sebelum habis sebulan.


AFYAN MAT RAWI
Perunding Takaful dan Kewangan Islam
www.afyan.com

 

Daripada : Khairulnahar a.k.a Thinkerich
www.PemikirKaya.com

Perkara : BAGAIMANA MENGURUS WANG DENGAN BETUL TANPA PERLU RISAU TENTANG WANG LAGI ?

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Adakah anda seorang pekerja yang sedang mengalami masalah untuk menguruskan wang?

Atau anda seorang usahawan yang tidak pernah menyediakan gaji untuk diri sendiri hinggakan anda tidak tahu membezakan di antara modal operasi dengan keuntungan?

Atau anda mendapati yang gaji anda kini masih tidak mencukupi biarpun anda telah menyediakan bajet setiap bulan?

Atau kini anda sedang gelisah kerana wang anda tak pernah-pernah cukup, biarpun anda telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mengatasinya?

Atau perbelanjaan anda kini sentiasa melebihi jumlah pendapatan anda?

Jika anda menjawab YA! bagi kesemua persoalan di atas, usah bimbang dan risau kerana sebentar lagi anda akan menemui jawapan yang anda cari-cari selama ini!

"...Wajib Dibaca Berkali-kali...!".

"Bagi mereka yang baru menatap judul ebook bertemakan wang gaji ini, jangan cepat mengeluh kerana kandungan ebook ini masih relevan kiranya anda bekerja sendiri mahu pun mengendalikan bisnes sendiri.

Bab 3 dan Bab 4 bagi saya ialah bab yang wajib dibaca berkali-kali walaupun ada perbincangan yang tidak selari dengan pendapat peribadi yang dikupas dalam buku saya Rahsia Mengurus Insurans Hayat.

Terselit juga satu tip pinjaman perumahan yang boleh membantu menjimatkan beribu-ribu duit bunga yang terpaksa dibayar kepada pihak bank.

Untuk pembaca Muslim pula saya syorkan anda membaca dengan teliti Bab 5 tentang cara yang betul menggunakan zakat dalam perancangan cukai pendapatan dari segi spiritual dan juga material.

Dan untuk usahawan atau bakal usahawan penulis ada topik bagaimana melabur dalam perniagaan. Di samping ebook ini, satu kalkulator belanjawan turut diberikan untuk memudahkan pembaca merekod dan melaksanakan sendiri pemantauan kewangan mereka.

Hasilnya anda akan mendapat manfaat yang boleh diamalkan setiap tahun selagi masih menjana pendapatan.

Jadi kenapa masih menangguh membelinya?"

Sunthara Segar CFP, RFP, Sijil Perancangan Kewangan Islam, BEng (Hons) UKM
Penulis Buku-buku Kewangan , Pendidik Kemahiran Kewangan dan Fasilitator Seminar Kewangan
www.suntharasegar.com

 

 

 
"Memang SANGAT MEMBANTU Memantapkan Lagi Ilmu Kewangan Peribadi Saya!"

Ebook ini agak lengkap untuk mereka yang ingin mempelajari asas-asas pengurusan kewangan peribadi, bermula dari topik simpanan, perlindungan, perbelanjaan, pengurusan hutang, cukai, hinggalah kepada pelaburan.


Memang sangat membantu di dalam memantapkan lagi ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi saya. Terima kasih Khairul.."

.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Usahawan Internet & Pengasas
www.WangCyber.com

 

 

 

 

"Aduh, Sudah Banyak Kesilapan Yang Saya Lakukan Di Dalam Pengurusan Kewangan Peribadi!"


Selama ini saya hanya tahu mencari wang yang banyak tetapi tidak tahu cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Sangat rugi! Banyak perkara yang saya terlepas pandang.

Alhamdulillah masih belum terlambat untuk saya berpatah balik dan ebook Panduan Wang Gaji oleh saudara Thinkerich sangat-sangat membantu!

Kini saya tidak perlu risau lagi bagaimana untuk menguruskan pendapatan perniagaan saya dengan cara yang betul.

Terima kasih dan tahniah di atas penghasilan ebook yang berkualiti!
Adly a.k.a Labanon
Team FlareBiz
www.FlareBiz.com

 

 
 

 

 

TAHUKAH ANDA ?

 

Punca utama seseorang itu menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka Tidak Tahu Menguruskan Wang Dengan Cara Yang Betul!

Ini kerana mereka Tidak Pernah Diajar tentang cara yang sebenar untuk menguruskannya! Akhirnya, ramai yang terperangkap dan terikut-ikut dengan gaya hidup masa kini, bahkan terlalu ramai yang keluar bekerja setiap hari (dari pagi hingga ke malam) semata-mata untuk membayar bil dan menjelaskan hutang pinjaman mereka sahaja!!!

Semua ini terjadi disebabkan tiadanya PANDUAN khusus yang boleh mereka ikuti dalam pengurusan kewangan harian mereka!

 

 

Mari kita lihat kepada FAKTA berikut ...

“Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang…”

- Abd. Aziz Ibrahim, CFP

 

“…25 % daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit…”

- Datin Fauziah Mohd Ramly,
Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal
Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri

 

"72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..."

- Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP

 

79% Rakyat Malaysia Berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka...

Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..."

- Kajian Oleh Mastercard Worldwide ke atas Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna

 

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Sumber : Bank Negara Malaysia

 

"Ramai yang tiada dana kewangan untuk hari tua..."

-Kajian Oleh CIMB Aviva

 

Lihat fakta dan kajian di atas, sesuatu yang amat mengejutkan! Adakah anda ingin meletakkan nama anda pada senarai di atas? Sudah tentulah TIDAK!

Cuba anda lihat pada laporan berikut pula :-

 

21 April 2009 | EKONOMI

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara


JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.

 

Persoalannya sekarang, sudahkah anda menetapkan matlamat untuk menyimpan sebanyak itu bagi mengekalkan gaya hidup anda pada masa depan???

Jika belum, apakah tindakan anda kini? Sudahkah anda bertindak???

Apakah anda telah menyediakan pelan dan perancangan kewangan yang bersesuaian dengan KOS SARA HIDUP, matlamat dan keperluan masa depan anda dalam menguruskan kewangan anda pada masa ini???

Jika jawapan anda tidak! maka sudah sampailah masanya kini untuk anda mempelajari kaedah terbaik dalam menguruskan wang dan pendapatan anda supaya ianya dapat diuruskan dengan cara yang BETUL!

Ini kerana hampir tiada langsung panduan khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan wang gaji anda! Sebaliknya, anda akan dapati terdapat terlalu banyak panduan, kaedah dan cara untuk menambah pendapatan dan membuat wang, seperti perniagaan dan program melalui internet, pelbagai bentuk pelaburan, forex, skim cepat kaya dan pelbagai lagi!

Malangnya, lebih ramai yang berminat untuk mempelajari cara untuk mendapatkan wang tanpa terlebih dahulu berusaha mempelajari kaedah yang betul untuk MENGURUSKANNYA!

Maka tidak hairanlah jika hari ini kita biasa melihat semakin ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan biarpun mereka sebenarnya telah membuat lebih banyak wang!

Mereka sangka mereka telah membuat wang, sebaliknya tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga telah membuat lebih banyak hutang!

Lumrahnya pada hari ini, apabila seseorang itu mulai memperolehi pendapatan atau wang yang banyak, tanpa mereka sedari perbelanjaan dan hutang mereka juga turut meningkat! Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara mereka yang mendapati kedudukan kewangan mereka kini menjadi bertambah parah!

Ya, bertambah parah dengan tanggungan hutang yang semakin meningkat!
Akhirnya ada di kalangan mereka merasakan semakin besar wang yang mereka terima, maka semakin besar pula perbelanjaan yang dilakukan!
Lalu tanpa segan silu mulalah mereka menggunakan ungkapan "Besar Periuk, Besarlah Keraknya"! bagi menutup kelemahan mereka dalam menguruskan wang dan pendapatan masing-masing!
Persoalannya sekarang,

 

"Adakah Anda Mengurus Wang Dengan Cara Yang Betul?"

 

 

Seharusnya anda tahu bahawa;

" Pengurusan Wang Yang Betul Adalah Dengan Merancang Perbelanjaan, iaitu Merancang Untuk Masa Depan dan Dalam Masa Yang Sama Menyelesaikan Masalah Kewangan Anda ;

MANAKALA

Pengurusan Wang Yang Lemah adalah Berbelanja Melebihi Pendapatan dan seterusnya Terperangkap Dalam Masalah Hutang sebagaimana kajian dan fakta yang telah dinyatakan di atas! "

 

 

Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan wang sejak dari hari pertama anda menerima wang tersebut.

Ini kerana dengan menguasai ilmu tersebut terlebih dahulu, anda bukan sahaja dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP WANG, tetapi ia juga bakal MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA DENGAN LEBIH BIJAK! Apa yang penting ilmu tersebut akan dapat membimbing kewangan hidup anda hinggalah anda bersara kelak!

Namun begitu, jika baru sekarang anda menyedari kesilapan anda itu, usah risau dan khuatir lagi kerana saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan memberikan panduan kepada anda. Mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang, dan seterusnya, akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah KETIDAKCUKUPAN WANG!

 

 


EBOOK "PANDUAN WANG GAJI"

Tajuk : "PANDUAN WANG GAJI"

Penulis : Khairulnahar aka Thinkerich

Format: PDF (110 m/s )

Ianya adalah elektronik book (ebook), bermaksud....jika anda membelinya, ia akan dihantar terus ke email anda dan anda perlu mendownloadnya ke komputer anda. Di mana jua anda berada. Kemudian, anda boleh membukanya di komputer dan mencetaknya (print) jika anda mahu.

Ebook ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan wang gaji yang betul untuk mereka yang berkerja makan gaji, bekerja sendiri dan juga usahawan yang sedang berusaha memperbaiki pengurusan kewangan masing-masing.

 

Di dalam ebook ini nanti anda akan didedahkan dengan :-

Asas dan prinsip penyediaan belanjawan (bajet) yang betul supaya anda dapat memenuhi keperluan kewangan anda setiap bulan.

Kaedah membuat agihan ke atas wang gaji anda bagi membentuk pelbagai bentuk tabungan sewaktu kecemasan, persaraan & juga untuk memenuhi setiap impian anda dengan cara yang mudah, teratur dan berkesan.

Bagaimana untuk memenuhi impian dan kemahuan anda tanpa perlu berhutang? Dan anda juga bakal mengetahui tujuan, faedah dan kaedah menyediakan 3 bentuk tabungan utama yang WAJIB disediakan oleh setiap orang serta implikasinya sekiranya anda tidak menyediakan ketiga-tiga tabung tersebut.

Bagaimana menyediakan sejumlah wang untuk pembayaran insuran dan cukai jalan kenderaan anda setiap tahun tanpa perlu sakit kepala?

Bagaimana untuk melindungi keluarga dan rumah anda daripada bencana kewangan yang tak disangka-sangka!

Mengapa anda perlu menyediakan perlindungan kewangan untuk diri dan keluarga anda?

Ketahui cara, kaedah dan alat kewangan yang betul untuk membuat simpanan, perlindungan dan pelaburan supaya wang gaji anda diuruskan secara bijaksana!

Adakah perlu untuk anda membeli polisi perlindungan insuran/takaful yang dipakejkan bersama simpanan atau pelaburan? Apakah ianya berbaloi untuk wang anda?

Ketahui tujuan sebenar membeli polisi pendidikan untuk anak-anak anda? Dalam keadaan manakah anda perlukannya dan apakah anda perlu membelinya atau sebaliknya?

Ketahui apakah bentuk insuran/takaful yang mengenakan caruman yang rendah tetapi memberi perlindungan kewangan yang tinggi kepada anda.

Bagaimana melaburkan wang gaji anda dan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda mula melabur?

Dapatkan tip yang menguntungkan apabila anda membiayai pinjaman perumahan anda.

Ketahui cara bagaimana untuk meminimakan cukai pendapatan anda? Apa yang perlu anda lakukan dan apakah pelepasan dan rebat yang layak anda tuntut?

Ketahui 10 Prinsip Mudah Berbelanja di Bawah Kemampuan Sebenar bagi menjamin wang gaji anda sentiasa mencukupi!

Pelajari cara penyediaan belanjawan dari wang gaji anda bagi memastikan kesemua komponen seperti simpanan, perlindungan, dan perbelanjaan di sediakan dengan teratur dan berkesan!

 

 

" Jangan Hanya Melihat Pada Apa Yang Saya Katakan,
Tetapi Lihat Apa Kata Mereka Yang Telah
Memiliki dan Membaca E-Book Ini "

 

Apa Komen Perunding Kewangan Tentang Ebook ini?.

"Menarik!!! Pembaca Boleh Belajar Panduan Asas Dalam Aspek Perancangan dan Pengurusan Kewangan Yang Komprehensif"

Ebook ini merangkumi segala aspek pengurusan kewangan seperti simpanan, pelaburan, perlindungan takaful/insuran, percukaian, pengeluaran zakat untuk keberkatan wang gaji dan tidak lupa motivasi untuk menghadapi musuh-musuh pengurusan kewangan yang sebenar iaitu diri sendiri!

Kupasan yang menarik terutama penerangan berkaitan dengan bab perlindungan takaful di mana penekanan lebih diberikan kepada konsep takaful itu sendiri sebagai perlindungan bukannya pelaburan sepertimana yang di uar-uarkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri.

Tidak ketinggalan juga penerangan yang menarik berkaitan dengan pelaburan unit amanah yang mana masih ramai lagi yang masih tidak memahami sepenuhnya konsep bagaimana perjalanan unit amanah tersebut dan bagaimana keuntungan atau dividen boleh di perolehi dalam tempoh sederhana dan panjang.


SYABAS kepada saudara Khairulnahar aka THINKERICH…..semoga ebook ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik lagi berkaitan pengurusan kewangan dan perlunya menguruskannya dengan cara yang betul dan efektif untuk keperluan semasa, akan datang dan masa depan (persaraan.)



Zulkiflee Mohammad a.k.a ZulBM
Financial Consultant
www.asasteguh.com

 

 
 
 

 

Apa Pula Komen Penjawat Awam Setelah Membaca Ebook ini?

 

"Kenapa Baru Sekarang Saya Temui Panduan Sebegini?"

Baru sekarang saya tahu rupa-rupanya banyak pelepasan dan rebat cukai yang layak dituntut oleh pekerja makan gaji macam saya!

Selama ini saya hanya membiarkan sahaja wang gaji saya dipotong oleh majikan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) tanpa mengetahui yang sebenarnya ada banyak lagi bentuk pelepasan dan rebat yang layak dituntut seperti yang dinyatakan dalam ebook ini.

Ebook yang bagus dan bermanfaat, alhamdulillah tip membayar zakat pendapatan memang berkesan dan memberi ketenangan kewangan kepada saya setiap bulan!

MOHAMAD NOOR
Pegawai Pentadbiran Maktab

 

 

 
 

 

Komen Penjawat Awam Yang Lain Pula...

 

"Teori Yang Patut Dipraktikkan!"

Melalui pembacaan ebook ini, anda sebenarnya mampu untuk 'lari' daripada masalah kewangan di kemudian hari!

Ianya amat bagus untuk dibaca oleh orang-orang macam saya yang selalu merasakan wang gaji tak cukup pada tiap-tiap bulan.

Ebook ini pasti dapat membantu menguruskan kewangan anda yang bermasalah!

 

Zoolzarizi
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
www.ligakampung.com/blog

 

 
 

Komen Mereka Yang Baru Bekerja...

 

"Terima Kasih!!! Panduan Yang HEBAT!"

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada penulis ebook ini kerana telah menyediakan panduan yang HEBAT! Sebagai seorang yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, panduan sebegini amat membantu saya dalam menyediakan bajet perbelanjaan saya pada setiap bulan!

Sebelum ini saya tidak pernah terfikir pun untuk mewujudkan Tabung Impian dan Kecemasan untuk diri saya! Tetapi 'Panduan' ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya kedua-dua tabung ini untuk menyelamatkan saya daripada terjebak dengan hutang piutang yang membebankan!

Pelaburan kecil yang saya keluarkan untuk memiliki ebook ini amat berbaloi kerana setelah membacanya saya dapat menyelamatkan wang daripada kerugian pada masa depan, bukan setakat ratusan bahkan mungkin mencecah ribuan ringgit sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang lain sebelum ini!

 

Ainol Saadah
Pembantu Tadbir Kewangan

 

 
 
 

 

Komen Dari Seorang Pengurus...

 

"Bukan Sekadar Panduan Wang Gaji..!"

Bagi saya Ebook ini bukan sekadar panduan untuk menguruskan wang gaji tetapi sebuah panduan untuk menguruskan kehidupan kita pada hari ini!

Semua orang bekerja siang dan malam(termasuk saya), untuk mendapatkan wang bagi menguruskan kehidupan, tetapi tidak tahu, leka serta tidak mengambil berat tentang cara yang betul dalam menguruskan kewangan hidup kita.

Dengan Ebook ini, ianya akan membimbing dan memandu kita ke arah pengurusan kewangan peribadi yang betul! Lupakan kemewahan sementara dengan hidup berhutang! Sebaliknya pentingkan yang UTAMA! - Pengurusan Wang Yang Betul!

Tahniah, saya ucapkan kepada saudara Khairulnahar aka Thinkerich di atas penulisan yang hebat ini! Ianya sebuah karya yang tak ternilai dengan wang ringgit!

 

Mohd Suhaimi Jusoh
Pengurus Cawangan
Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Gua Musang.

 

 
 
 

 

Anda telah membaca komen daripada mereka yang telah mendapatkan ebook ini. Kini! anda juga berpeluang untuk mendapatkan panduan yang sama dan mendalami ilmu pengurusan kewangan peribadi yang berkesan ini!

Dengan mendapatkan ebook ini dan mengamalkannya, saya percaya anda tidak perlu lagi risau kerana selepas itu anda akan beroleh idea untuk menguruskan wang anda berdasarkan keperluan dan matlamat kewangan yang telah anda tetapkan.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah DAPATKAN ebook ini, BACA, FAHAMKAN segala ILMU yang terdapat di dalamnya dan AMALKAN. Insyallah, masalah yang anda hadapi di dalam menguruskan wang anda akan dapat diatasi dengan mudah dan lancar.

 

SAMPLE PREVIEW PERCUMA..

Anda ingin melihat sedikit isi kandungan buku ini? Baiklah, saya akan berikan sample percuma kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisikan nama & alamat email anda di bawah.

Selepas itu anda perlu sahkan email anda dan kemudian Sample Preview Percuma akan saya hantarkan terus ke email anda.

Nama Anda :
E-Mail Anda :

 

 

APA KATA PEMBACA YANG TELAH MENGUNJUNGI BLOG SAYA...

 

INI EMAIL PEMBACA YANG TELAH SAYA TERIMA...

 

PENGALAMAN HIDUP SAYA..

Ebook ini sebenarnya ditulis adalah berdasarkan pengalaman hidup saya. Dahulu, saya juga seperti anda, baru tamat belajar, cari kerja, dapat kerja, apabila dapat wang gaji, kesemuanya habis dibelanjakan. Semua orang tahu bahawa hari yang paling mengembirakan adalah ketika menerima gaji! Malangnya hari-hari yang berlalu selepas itu taklah seindah mana!

Kenapa? Ini kerana saya mendapati gaji sentiasa tak cukup! Bila wang tak cukup, saya selesaikannya dengan membuat pinjaman peribadi, dengan harapan dapat menyelesaikan sedikit masalah kewangan semasa! Tapi masalah lain pula yang timbul. Tak cukup wang nak bayar hutang dan perbelanjaan bulanan pula! Lalu saya ambil keputusan buat kerja 'part-time' untuk dapatkan wang tambahan!

Yang peliknya bila wang bertambah hutang juga mulai bertambah!..Oh!. ini tidak boleh jadi, saya mesti lakukan sesuatu untuk keluar daripada masalah ini!!!

Tetapi, alhamdulilah.. berkat ILMU daripada pembacaan yang luas serta pengalaman menceburkan diri dalam bidang insuran, takaful dan unit amanah serta mengikuti Kursus Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) (salah satu kelayakan yang diperlukan untuk diiktiraf sebagai pengamal kewangan profesional), telah banyak membantu merubah kewangan hidup saya.

Jika dulu saya tidak mampu untuk membuat sebarang simpanan walau hanya RM1 sebulan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sudah mampu menyimpan RM2,000 setiap bulan tanpa menghadapi sebarang masalah! Apa yang menariknya ianya telah dilakukan oleh saya sejak 8 tahun yang lalu.(anda boleh mencongak dan mengira sendiri berapakah jumlahnya sekarang!)

Alhamdullilah, selain berjaya membuat simpanan, mendapatkan polisi perlindungan, serta melabur dalam beberapa produk dan alat kewangan, saya juga telah berjaya melangsaikan hutang pinjaman peribadi dan pinjaman pelajaran saya hanya dalam tempoh 4 tahun biarpun tempoh keseluruhannya menjangkau 10 tahun! Semua itu berjaya saya usahakan berbekalkan ilmu yang terdapat di dalam ebook "Panduan Wang Gaji" ini!

Bukan sekadar itu sahaja, berbekalkan ILMU yang terdapat di dalam ebook ini juga, kini saya tidak perlu lagi berhutang di sana sini untuk memenuhi impian dan kemahuan saya. Saya juga berjaya menjimatkan wang gaji saya daripada membayar terlalu banyak cukai dan dalam masa yang sama, mampu membeli sebuah rumah teres "double storey" bernilai lebih suku juta (RM350,000) dan apa yang lebih penting... saya dan keluarga boleh hidup tenang dan bahagia tanpa perlu risau tentang wang lagi!

 

 

Jadi Berapakah Harga E-Book Ini?

Jika dengan ebook ini anda dapat (1) menyediakan belanjawan atau bajet bulanan dengan betul dan juga dapat (2) mengumpul dan menguruskan simpanan anda dengan baik & teratur, dan akhirnya dapat (3) menghilangkan masalah kewangan anda, serta membantu anda di dalam (4) merancang dan menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. Berapakah harga yang patut saya letakkan bagi ILMU yang terkandung di dalam ebook ini?

Sudah pasti paling kurang saya akan meletakkan ebook ini pada harga mencecah puluhan dan ratusan ringgit! sebagaimana panduan kewangan lain yang berada dalam pasaran masa kini.

Tetapi saya tidak sanggup untuk meletakkan harga yang tinggi seperti itu,(biarpun ada yang berpendapat ianya terlalu MURAH jika dibandingkan isi kandungannya yang sangat berkualiti!) kerana saya mahu anda benar-benar berjaya di dalam menguruskan wang anda. Namun begitu, saya juga tidak boleh memberikan ia secara percuma kerana ilmu yang percuma seringkali dianggap sebagai tidak bernilai!

Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan harga ebook ini pada harga yang mampu dimiliki oleh semua orang iaitu pada harga hanya ....

RM40.00

Ya! hanya RM40 sahaja...SEBELUM harganya dinaikkan Pada Harga Berikutnya!!! Ayuh, BELI SEKARANG JUGA!!!

 

 

Ops! Nanti Dulu! Ada Bonus Hebat!

Jika anda memesan ebook ini sekarang! Saya ada bonus hebat untuk anda. Saya akan memberikan kepada anda beberapa buah bonus yang menarik dengan PERCUMA! Ya! semua bonus dibawah adalah PERCUMA jika anda mendapatkan ebook ini sekarang juga!

 

 

BONUS #1 :

ADAKAH ANDA MEMILIH PEKERJAAN YANG BETUL?

Di dalam ebook ini, anda akan diuji dengan 25 Soalan Kuiz mudah, untuk menilai pekerjaan yang sedang anda lakukan sekarang. Soalan-soalan yang disediakan, amat sesuai untuk menilai personaliti dan sikap anda terhadap pekerjaan yang anda lakukan sama ada ianya sesuai atau tidak! Dengan ebook ini, anda mampu mengenalpasti pekerjaan mana yang sesuai dengan personaliti, sikap dan hidup anda supaya anda dapat bekerja dengan suasana dan hati yang tenang dan gembira!

 

BONUS #2 :

Tip Perbankan & Insuran

Ebook Ini merupakan senarai tip ringkas dan padat berkaitan dengan urusan perbankan dan insuran yang perlu diketahui umum. Tip yang diberikan akan memberi panduan kepada anda supaya sentiasa mengambilkira kepentingan anda sebelum melanggan produk-produk perbankan dan insuran yang berada di pasaran!

 

BONUS #3 :

KALKULATOR BELANJAWAN BULANAN

Kalkulator Belanjawan Bulanan dalam format Excel bagi memudahkan anda menyediakan bajet bulanan Anda!

 

 

BONUS #4 :

KALKULATOR SEWA BELI KENDERAAN

Kalkulator Sewa Beli Kenderaan dalam format Excel bagi memudahkan anda mengira ansuran bulanan pinjaman kenderaan & faedah yang perlu anda bayar !

 

 

 

YA! Saya ingin mendapatkan ebook "Panduan Wang Gaji" ini beserta bonus-bonus yang ditawarkan hanya dengan harga RM40 sahaja.

 

Dapatkan Naskah Anda Sekarang Tanpa Sebarang Risiko.

Ya, ia benar-benar TIADA RISIKO apabila anda membeli e-book ini. Sila baca jaminan pulangan wang selama 30 hari yang saya tawarkan.

100% Jaminan Tanpa Risiko

Dengan setiap pembelian E-Book “Panduan Wang Gaji” ini, anda akan dilindungi dengan JAMINAN PULANGAN WANG 100% selama 30 hari dari tarikh pembelian anda jika anda tidak berpuas hati dan mendapati ebook ini tidak langsung memberikan sebarang ilmu dan manfaat kepada anda. Saya akan memulangkan semula wang anda, dan anda boleh menyimpan semua bonus yang telah anda terima dengan pembelian E-Book ini.

Jadi, jika anda inginkan masa depan kewangan yang lebih baik dan teratur tanpa perlu bersusah payah dikemudian hari, saya amat menyarankan anda untuk mendapatkan ebook ini sebagai panduan lengkap kepada penyelesaian masalah pengurusan kewangan anda.

Dengan memiliki ebook ini nanti, sudah tentulah anda akan dapat menguruskan wang gaji anda degan lebih mudah, teratur dan berkesan! Dan sudah tentulah ianya akan membuatkan fikiran dan jiwa anda berada dalam ketenangan dan kebahagiaan. Jadi, apa tunggu lagi!

Dapatkan segera naskah anda sekarang juga!

Semoga anda mendapat manfaat dari ilmu yang saya berikan kepada anda.

Semoga anda berada dalam ketenangan kewangan sentiasa!

Salam kekayaan!

Yang ikhlas,

     

Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Perancang Kewangan, Affiliate RFP


P.S: Ebook ini berharga RM40, kos yang sama apabila anda sekeluarga pergi makan KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut dan pelbagai lagi. Bukankah lebih bijak untuk anda mendapatkan ebook ini demi mendapat ketenangan fikiran untuk kewangan anda! Ketahuilah bahawa nikmat menguruskan kewangan yang teratur adalah jauh lebih baik dan berkekalan berbanding nikmat mengunjungi restoran makanan segera! Yang satu menambah ilmu kewangan manakala yang satu lagi mengurangkan wang anda! Tempah Sekarang!

P.P.S : Dengan hanya mengeluarkan RM40 pada hari ini, anda bukan sahaja dapat membetulkan semula kedudukan kewangan dan pendapatan gaji anda sebaliknya ianya bakal merubah masa depan kewangan anda menjadi lebih teguh dan stabil! Mungkin inilah pelaburan terbaik yang pernah anda buat dalam hidup anda setakat ini. Jadi kenapa tidak anda Beli Sekarang!

P.P.P.S : Kini terserah kepada anda 100% untuk membuat pilihan. Sama ada ingin mengubah hidup anda menjadi senang atau sebaliknya. Semuanya terletak di tangan anda kerana PANDUAN yang bakal mengubah hidup anda telah berada di depan mata anda. Yang menariknya harga yang ditawarkan pula adalah yang paling MENGUNTUNGKAN! Bertindaklah dan dapatkanlah ebook ini sekarang juga!.. Insyaallah, masalah kewangan yang anda lalui sebelum ini mungkin akan selesai dan anda boleh mulai menarik nafas lega selepas itu. Dapatkannya Sekarang!

P.P.P.P.S : Cuba anda bayangkan, jika anda masih lagi menguruskan wang anda tanpa bimbingan dan panduan yang betul, anda akan terus berada dalam masalah kewangan yang berpanjangan, risau, gelisah dan sebagainya. Walaupun anda mempunyai pendapatan yang besar, dalam masa yang sama anda juga mempunyai tanggungan hutang yang jauh lebih besar! Mungkin juga kini anda tidak memiliki pendapatan yang mencukupi hanya kerana anda gagal menguruskannya dengan betul. Tetapi sampai bilakah anda ingin berada dalam kesempitan hidup sedemikian? Jadi dapatkanlah panduan daripada ebook ini yang bakal merubah pengurusan kewangan gaji anda! Beli Sekarang Juga!

"Jangan sekali-kali mengikuti tabiat orang yang gagal, orang yang gagal mempunyai tabiat suka berlengah dan suka mencari alasan untuk tidak berjaya..."